Padah nuklear jika NATO terus agresif, Russia beri amaran

August 3, 2022 · Dunia

Moscow memberi amaran penggunaan senjata nuklear tidak boleh dielakkan sebagai reaksi terhadap tindakan agresif secara langsung oleh negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ketika satu sidang tidak rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (2 Ogos), Diplomat Russia Alexander Trofimov menolak spekulasi bahawa Moscow didakwa mengancam menggunakan senjata nuklear, khususnya terhadap Ukraine.

Beberapa hari selepas pencerobohan Rusia pada 24 Februari lalu, Presiden Russia Vladimir Putin meletakkan pasukan pertahanan negara itu – termasuk senjata nuklear – dalam keadaan berjaga-jaga tinggi, memetik apa yang disebutnya kenyataan agresif oleh pemimpin NATO dan sekatan ekonomi Barat terhadap Moscow.

Trofimov, seorang diplomat kanan di Kementerian Luar Russia berkata Moscow hanya akan menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada senjata pemusnah besar-besaran atau serangan senjata konvensional yang mengancam kewujudan negara Russia.

“Tiada satu pun daripada dua senario hipotetikal ini yang relevan dengan keadaan di Ukraine,” kata Trofimov pada persidangan PBB untuk mengkaji semula perjanjian mengenai percambahan senjata nuklear.

Bagaimanapun, dia menuduh negara-negara NATO melakukan “konfrontasi hibrid yang sengit” terhadap Russia yang kini “berbahaya dalam mengimbangi pertembungan tentera terbuka.”

“Langkah sedemikian akan dapat mencetuskan salah satu daripada dua senario kecemasan yang diterangkan dalam doktrin kami.

“Kami jelas berdiri untuk menghalang perkara ini, tetapi jika negara Barat cuba menguji keazaman kami, Russia tidak akan berundur,” kata Trofimov.

Russia pada Selasa menuduh Amerika Syarikat (AS) terlibat secara langsung dalam perang Ukraine.

Moscow berkata ia bertindak balas terhadap komen seorang pegawai Ukraine tentang cara Kyiv menggunakan pelancar Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) buatan AS dan dibekalkan berdasarkan apa yang dikatakan pegawai itu sebagai imej satelit yang sangat baik dan maklumat masa nyata. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Turkiye kutuk keputusan benarkan bakar Al-Quran di Eropah
January 22, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Popular
Israel beri dos keempat vaksin Covid-19
December 22, 2021
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok