Omicron sudah jadi varian dominan di Afrika Selatan

December 7, 2021 · Dunia

Virus Covid-19 merebak lebih cepat berbanding sebelum ini di Afrika Selatan, kata presiden negara itu, sekali gus menjadi petunjuk cara varian Omicron baharu memacu wabak itu, tetapi terdapat tanda awal bahawa Omicron mungkin menyebabkan jangkitan kurang serius berbanding serangan varian lain.

Penyelidik di kompleks hospital utama di Pretoria melaporkan bahawa pesakit mereka yang menghidap Covid-19 mengalami keterukan yang rendah daripada yang pernah mereka rawat sebelum ini.

Malah ada juga yang memaklumkan kebanyakan pesakit mereka yang dijangkiti Covid-19 dimasukkan atas sebab lain dan tidak mempunyai simptom virus yang mula dikesan di China.

Varian Omicron hanya ditemukan bulan lalu, dan lebih banyak kajian diperlukan sebelum pakar boleh memberitahu lebih banyak fakta mengenainya.

Dr Emily Gurley, seorang penyelidik kesihatan awam di Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins berkata adalah tidak mengejutkan jika benar bahawa varian Omicron tidak memberikan jangkitan teruk, namun beliau tidak pasti sama ada kesimpulan sedemikian boleh terus dibuat.

Tanpa maklumat lebih lanjut, dunia bertindak balas terhadap Omicron dengan mengenakan sekatan meluas terhadap negara tertentu, khususnya di Afrika.

Pemimpin dunia yang dituduh bertindak balas terlalu perlahan atau lemah pada awal penularan wabak Covid-19 kini tidak sabar-sabar lagi mengambil tindakan, walaupun beberapa pakar mempersoalkan sama ada sekatan perjalanan adalah tindak balas yang sesuai.

Varian Omicron telah merebak dengan pantas dan telah dikesan di lebih 30 negara di enam benua setakat ini. Pegawai kesihatan dan penyelidik mengatakan bahawa ia boleh menjadi bentuk virus yang paling menular dan ia tidak lama lagi boleh menggantikan varian Delta yang muncul tahun lalu sebagai varian dominan.

Omicron turut mencetuskan kebimbangan bahawa dunia yang tidak sabar untuk bangkit semula daripada peneritaan dan kesusahan akibat pandemik selama dua tahun, boleh sekali lagi berdepan kitaran penyakit, penutupan dan penderitaan ekonomi.

Britain semalam melaporkan jangkitan Omicron semakin meningkat menjadi 336 kes.

Denmark pula melaporkan 261 kes, empat kali ganda berbanding pada Jumaat dengan media tempatan melaporkan penyebaran mungkin berlaku pada satu acara melibat pelajar sekolah menengah.

Britain dan Denmark mengambil tindakan luar biasa dengan melakukan sejumlah besar penjujukan genom bagi sampel virus, untuk menunjukkan bahawa banyak kes Omicron di negara lain tidak dapat dikesan.

Di Afrika Selatan, saintis telah memaklumkan bahawa Omicron sudah menjadi varian dominan dan pandemik itu mula meningkat semula. Sebulan lalu, negara itu hanya melaporkan purata 300 kes varian itu seharin, namun pada Jumaat dan Sabtu lalu, jumlah itu meningkat kepada lebih 16,000 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok