Mahkamah Thai batal larangan pelajar Islam sekolah Buddha pakai tudung

April 24, 2022 · Dunia

Sebuah mahkamah membatalkan larangan berhijab yang dikuatkuasakan di sebuah sekolah di Pattani, selatan Thailand sejak empat tahun lalu, lapor laman berita Thaiger.

Pengurusan sekolah itu mendakwa memakai hijab – atau tudung- ke sekolah bertentangan dengan peraturan Kementerian Pendidikan Thailand.

Larangan yang mendapat tentangan ibu bapa itu berakhir apabila Mahkamah Pentadbiran Wilayah Yala di Selatan Thailand mengumumkan keputusan membatalkannya.

Sekolah Anuban Pattani yang terdiri daripada tadika dan sekolah rendah itu terletak dalam kawasan kuil Buddha.

Majoriti pelajarnya beragama Buddha tetapi sekolah itu terletak di wilayah Pattani di mana 86 peratus penduduknya adalah umat Islam.

Pada 16 Mei 2018, pengarah Sekolah Anuban Pattani mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai tudung ke sekolah. Kira-kira 20 ibu bapa menandatangani petisyen meminta larangan itu ditarik balik dan menyerahkannya kepada mahkamah.

Selepas pertikaian undang-undang selama empat tahun, pelajar kini dibenarkan berpakaian mengikut tatacara agama Islam semasa di sekolah.

Keputusan itu menghantar mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka berhak untuk mengamalkan agama mereka, demikian menurut seorang ibu kepada pelajar yang belajar di sekolah Anuban Pattani.

Mahkamah memutuskan bahawa perlembagaan Thailand menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti hak beragama. Tiada peraturan mana-mana institusi dibenarkan untuk menyekat hak tersebut. – Agensi

Pada 16 Mei 2018, pengarah sekolah ketika itu mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai hijab atau seluar panjang ke sekolah.

Kira-kira 20 ibu bapa menandatangani surat meminta larangan itu ditarik balik dan menyerahkannya kepada mahkamah.

Susulan keputusan itu, pelajar Islam kini boleh berpakaian mengikut tatacara pakaian Islam semasa mereka belajar.

Keputusan mahkamah memberi mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing, menurut seorang ibu dengan seorang anak yang belajar di Anuban Pattani.

Beliau berkata mana-mana peraturan yang melarang pakaian agama tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Thai.

Mahkamah berkata bahawa Perlembagaan Thailand menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat Thai seperti hak untuk mengamalkan agama. Tiada peraturan institusi dibenarkan untuk menyekat hak tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok