Kes Covid-19 di India lebih 34.42 juta

November 13, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan Covid-19 di India dalam tempoh 24 jam hari ini mencecah 34,426,036 kes, setelah 11,850 lagi kes baharu dilaporkan, menurut data terkini Kementerian Kesihatan India.

Selain itu, 555 kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan di negara itu menjadikan keseluruhannya 463,245 kes sejak awal tahun lalu.

Sehingga kini terdapat 136,308 kes aktif di seluruh India, turun 1,108 kes dalam tempoh 24 jam semalam.

“Jumlah kes aktif Covid-19 di India hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 274 hari,” kata kementerian itu.

Seramai 33,826,483 pesakit Covid-19 juga dilaporkan telah sembuh, dengan 12,403 dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, menurut data Pusat Sains dan Kejuruteraan Universiti Johns Hopkins, sehingga hari ini lebih 252.6 juta penduduk dunia dijangkiti virus Covid-19.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah tertinggi jangkitan dengan mencatat 46,991,337 kes.

Berikut lapan lagi negara yang merekodkan jumlah kes tertinggi Covid-19:

India – 34,426,036
Brazil – 21,939,196
Britain – 9,534,544
Russia – 8,881,306
Turki – 8,365,929
Perancis – 7,362,807
Iran – 6,027,269
Argentina – 5,304,059

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok