Kes Covid-19 di India kini cecah lebih 30.8 juta

July 11, 2021 · Dunia

India hari ini merekodkan 41,506 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan angka terkini keseluruhan jangkitan di negara itu kepada lebih 30.8 juta orang.

Pada masa sama negara itu turut melaporkan 895 kematian baharu menjadikan keseluruhannya 408,040 meninggal dunia akibat Covid-19.

“Sebanyak 41,526 pesakit pulih dalam 24 jam terakhir. Kadar pemulihan meningkat kepada 97.20%,” kata Kementerian Kesihatan India dalam satu kenyataan.

Lebih 38.6 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di seluruh India, sementara 11.25 juta dos lagi masih pada peringkat pembahagian.

Sebanyak 5.5 peratus daripada populasi negara itu sudah menerima sepenuhnya dua dos vaksin, manakala 22 peratus pula mendapat dos pertama mereka.

Sementara itu saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Swaminathan berkata badan dunia itu mungkin akan memberi kelulusan penggunaan vaksin buatan tempatan – Covaxin Bharat Biotech untuk digunakan sebagai vaksin Covid-19.

Covaxin adalah vaksin tidak aktif yang diberikan untuk dua dos suntikan yang dihasilkan secara asli di India dan mempunyai lebih daripada 77 peratus keberkesanan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok