Kes baharu naik walaupun bandar Xi’an di China kena ‘lockdown’

December 25, 2021 · Dunia

Jangkitan harian Covid-19 di bandar Xi’an di China dilaporkan terus meningkat, dengan syarikat tempatan mengehadkan aktiviti tatkala ‘hot spot’ Covid-19 terbaharu negara itu memasuki hari ketiga penutupannya atau ‘total lockdown’.

Xi’an, sebuah bandar raya barat laut China dengan 13 juta, mengesan 75 kes penularan tempatan dengan simptom yang disahkan pada 24 Disember, jumlah kes harian tertinggi tahun ini, menurut data rasmi pada Sabtu.

Keseluruhan sejak 9 Disember hingga 24 Disember sebanyak 330 kes telah dikesan. Walaupun angka itu jauh lebih rendah berbanding kes di negara lain, bandar itu mengambil tindakan tegas seiring dengan polisi ditetapkan Beijing untuk menghalang kes tempatan secepat mungkin.

Penduduk dilarang meninggalkan bandar tanpa kebenaran daripada majikan atau pihak berkuasa tempatan dan hanya seorang isi rumah dibenar untuk keluar membeli barang keperluan setiap dua hari sekali.

Ahli keluarga lain tidak boleh meninggalkan rumah melainkan mereka mempunyai pekerjaan penting atau perkara mendesak yang diluluskan oleh majikan atau pihak berkuasa.

“Setakat ini titik perubahan wabak itu masih belum tiba, dan sekatan yang ketat diperlukan,” kata Dr Zhang Boli, pakar perubatan yang membantu menyediakan tindak balas dan rawatan awal Covid-19 di China, memberitahu media kerajaan.

Pegawai tempatan juga telah menghadapi hukuman atas wabak itu dan penerbangan domestik yang dijadualkan berlepas dari bandar pada hari Jumaat telah dibatalkan.

Xi’an ChenXi Aviation Technology, pembekal teknologi penerbangan kepada tentera China, berkata syarikat itu telah menggantung pengeluaran buat sementara waktu berikutan penularan semula Covid-19 yang dijangka menjejaskan pendapatan operasinya pada 2021.

Bandar Xi’an, yang memulakan ujian saringan besar-besaran pada Sabtu, mengumumkan tiada jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron.

Di seluruh negara, China telah melaporkan segelintir jangkitan Omicron dalam kalangan pelancong antarabangsa dan di selatan negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok