Kenya beri amaran ‘vaksin aparteid’ selepas UK sekat perjalanan

April 4, 2021 · Dunia

Kenya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan United Kingdom (UK) kerana memasukkan negara itu ke dalam senarai merah yang membabitkan sekatan perjalanan bermula 9 April ini.

Dalam kenyataan di dalam Twitternya, Kementerian Hal-Ehwal Luar Kenya menggunakan langkah itu untuk memberi amaran mengenai ‘vaksin aparteid’.

Kenyataan itu berkata, strategi yang digunakan negara pengeluar vaksin boleh menyebabkan usaha memerangi pandemik Covid-19 gagal.

Sebelum ini, UK mengumumkan sekatan perjalanan bagi rakyat Pakistan, Bangladesh dan Filipina berkuat kuasa jam 4 pagi 9 April ini, susulan peningkatan kes Covid-19.

Jabatan Pengangkutan UK sebelum ini berkata, nama negara dalam senarai merah dikemaskini selepas kerajaan bimbang mengenai varian baharu Covid-19.

Namun, Kenya berkata, polisi itu adalah satu diskriminasi, dan menuduh UK menyimpan vaksin dalam kuantiti lebih besar daripada yang digunakan sekarang.

UK dilaporkan memesan lebih 400 juta vaksin Covid-19, bagi populasinya seramai 67 juga penduduk, mencetuskan kebimbangan mengenai masalah bekalan di seluruh dunia.

Berada dalam senarai merah itu bermakna pelawat antarabangsa yang berlepas atau transit di negara-negara berkenaan dalam jangka masa 10 hari akan dilarang memasuki UK.

Namun, rakyat Britain dan Ireland yang mempunyai hak untuk tinggal di UK akan dibenarkan masuk, tetapi perlu menjalani kuarantin 10 hari di hotel yang ditetapkan kerajaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok