Hubungan China-Australia kembali tegang, tangguh dialog ekonomi

May 7, 2021 · Dunia

Hubungan antara China dan Australia kembali tegang apabila negara republik itu menangguhkan semua aktiviti di bawah perjanjian ekonomi dua hala dengan Canberra ketika kedua-dua buah negara itu sedang bergelut dengan isu-isu berkaitan perdagangan dan keselamatan.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional, sebuah agensi perancangan ekonomi Beijing dalam satu kenyataan di laman portal rasminya berkata “semestinya” mereka akan mengenepikan semua projek Dialog Ekonomi Strategik China-Australia, lapor Xinhua.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya China berkata “sikap” pemerintah Australia yang seakan “berpemikiran Perang Dingin” antara punca mereka memutuskan untuk menangguhkan sebarang aktiviti rundingan, menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Australia, Dan Tehan membalas kenyataan dengan menyifatkan keputusan China itu sebagai “mengecewakan.”

Tehan bagaimanapun berkata Australia tetap terbuka untuk “mengadakan dialog dan terlibat dalam rundingan di peringkat menteri,” menurut laporan CNBC.

Ketegangan hubungan dua hala antara kedua-dua negara bermula sejak 2018 selepas Australia mengenakan sekatan terhadap syarikat rangkaian 5G negara itu, Huawei.

Tahun lalu, China secara tidak rasminya melarang import, termasuk arang batu, dan melancarkan siasatan ke atas import wain dan lobster dari Australia pada 2020.

Pegawai Australia juga membatalkan perjanjian dengan China.

Bulan lalu, Canberra membatalkan perjanjian Belt and Road antara China dan kerajaan negeri Victoria, yang ditandatangani pada Oktober 2018.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman hanya 5 hari
May 4, 2022
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok