Hampir 1,000 lagi askar Ukraine di Mariupol menyerah diri

May 19, 2022 · Dunia

Hampir 1,000 askar Ukraine yang menjadi kumpulan terakhir bersembunyi di dalam kilang keluli Azovstal di Mariupol menyerah diri, kata Russia pada Rabu, ketika pertempuran yang menjadikan bandar itu sebagai simbol penentangan dan penderitaan di seluruh dunia semakin hampir ke penamatnya.

Askar Ukraine yang keluar dari terowong di bawah kilang keluli itu – yang menjadi kubu terakhir penentangan di bandar itu – kini menghadapi nasib yang tidak menentu. Ada yang dibawa oleh Russia ke tanah bekas jajahan di wilayah yang dikawal kumpulan pemisah disokong Moscow.

Ketika Ukraine berharap untuk mendapatkan kembali askarnya yang ditawan menerusi pertukaran tahanan, Russia mengancam untuk membicarakan sebahagian daripada mereka kerana jenayah perang.

Bagaimanapun, tidak pasti berapa ramai askar yang tinggal di dalam terowong dan kubu di kilang berkenaan. Malah suatu ketika, dianggarkan 2,000 anggota tentera Ukraine dipercayai bersembunyi di situ.

Seorang pemimpin pemisah di wilayah itu berkata tiada komander tertinggi Ukraine keluar dari kilang keluli yang telah dikepung selama bermingu-minggu.

Kilang itu adalah satu-satunya yang menghalang Russia mengisytiharkan penguasaan penuh ke atas Mariupol. Kejatuhannya akan menjadikan Mariupol sebagai bandar terbesar di Ukraine yang diambil oleh Moscow, memberikan rangsangan kepada Presiden Vladimir Putin dalam peperangan ke atas Ukraine.

Penganalisis ketenteraan, bagaimanapun, berkata penawanan bandar itu pada ketika ini akan memegang kepentingan simbolik lebih daripada yang lain kerana Mariupol sudah berada di bawah kawalan Moscow.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia Mejar Jeneral Igor Konashenkov berkata 959 askar Ukraine telah meninggalkan kubu di kilang keluli itu sejak mereka mula keluar Isnin.

Video menunjukkan askar membawa rakan yang cedera di atas pengusung dan menjalani pemeriksaansebelum dibawa pergi dengan bas yang diiringi kenderaan tentera Russia.

Penawanan penuh Mariupol membuka laluan perhubungan hubungan darat ke Semenanjung Crimea, wilayah yang dirampasnya dari Ukraine pada 2014.

Ia juga akan membolehkan Moscow memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertempuran yang lebih besar di Donbas, timur Ukraine.

Badan penyiasat persekutuan Russia berkata mereka berhasrat untuk menyoal siasat tentera yang menyerah diri bagi mengenal pasti taraf kewarganegaraan dan menentukan sama ada mereka terlibat dalam jenayah terhadap orang awam.

Selain itu, pendakwa raya tertinggi Russia meminta Mahkamah Agung negara itu untuk menetapkan Rejimen Azov Ukraine – antara tentera yang membentuk garison Azovstal – sebagai organisasi pengganas.

Parlimen Russia dijadual mempertimbangkan resolusi untuk mengharamkan pertukaran mana-mana askar Rejimen Azov tetapi tidak membincangkan isu itu pada Rabu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman hanya 5 hari
May 4, 2022
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok