Hamas bedil rejim Zionis

April 21, 2022 · Dunia

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) didakwa menembak roket dari Semenanjung Gaza ke arah Israel, yang kemudian bertindak balas dengan serangan udara pada awal pagi Khamis (21 April 2022), insiden terbesar sejak perang 11 hari tahun lalu.

Serangan dilakukan sekitar jam 10.30 malam Rabu dengan serpihan roket mengenai kenderaan dan dinding bangunan berhampiran padang awam. Ratusan ‘ball bearings’ yang diisi di dalam roket ditemui di tempat kejadian.

Dalam serangan kedua kira-kira jam 2 pagi, beberapa roket ditembak dari Semenanjung Gaza yang mencetuskan siren amaran di seluruh Israel, dengan sistem pertahanan udara rejim Zionis, Iron Dome, memintas peluru berpandu Tamir dan tembakan lain.

Selepas mengumumkan mereka memintas empat roket Hamas, rejim Israel mengakui Iron Dome mengalami kerosakan apabila bertindak balas terhadap tembakan, bukan ancaman daripada roket.

Tindakan Hamas dibuat setelah amaran mereka supaya rejim Zionis tidak menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menghalang perarakan bendera puak pelampau Yahudi di Baitulmaqdis.

Semalam, Hamas mengingatkan rejim Israel bertanggungjawab terhadap risiko yang akan menimpa jika membenarkan perarakan Yahudi diadakan di tanah suci itu.

Beberapa jam sebelum serangan itu, polis rejim Israel menyekat pelampau Yahudi daripada menghampiri kawasan penduduk Islam di Baitulmaqdis Timur ketika mereka cuba meneruskan perarakan bendera.

Berita berkaitan: Hamas beri amaran ketika pelampau Israel mahu anjur perarakan bendera

Ahli Parlimen pelampau sayap kanan Itamar Ben Gvir, seorang ahli politik pembangkang yang kontroversi, mengetuai protes itu selepas dihalang dari kawasan Pintu Damsyik awal hari oleh Perdana Menteri Naftali Bennett.

Pada Mei tahun lalu, perarakan pelampau Yahudi itu menimbulkan kemarahan umat Islam hingga mencetuskan perang 11 hari antara Hamas dan rejim Zionis Israel.

Hamas, pergerakan Islam yang menguasai dan memerintah Semenanjung Gaza berkata mereka menembak roket darat ke udara ke arah pesawat Israel.

Serang menyerang itu menyusul beberapa siri serangan maut di Israel dan Tebing Barat, selain keganasan rejim Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa minggu lalu dan menganggu umat Islam yang sedang beribadat di dalamnya. – Agensi

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
14 jam lalu· Politik
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok