Hamas beri amaran ketika pelampau Israel mahu anjur perarakan bendera

April 20, 2022 · Dunia

Sekumpulan ultra-nasionalis Yahudi berkata mereka akan meneruskan perarakan mengibarkan bendera di sekitar kawasan yang didominasi penduduk Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis lewat Rabu, mengetepikan larangan polis terhadap salah satu acara yang mencetuskan perang Israel-Hamas pada Mei tahun lalu.

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan Palestin membaling batu ke arah polis, manakala ratusan pengunjung Yahudi memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa, yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount, sekali gus menunjukkan tanda-tanda situasi di Baitulmaqdis semakin panas.

Bagi Yahudi, Haram as-Syarif atau ‘Temple Mount’, iaitu suatu kawasan berbukit sekitar Baitulmaqdis seluas 35 hektar yang merangkumi tembok ratapan dan ‘The Dome Of The Rock’ menjadi mercu tanda sejarah keagamaan dan tanah suci mereka.

Kedudukan itu menjadi asas emosi yang mencetuskan konflik Israel-Palestin dan titik panas keganasan sebelum ini.

Perarakan bendera ialah acara tahunan di mana kebanyakan kumpulan nasionalis Yahudi meraikan kejayaan rejim Zionis Israel menguasai Tembok Barat semasa Perang Enam Hari pada 1967 dan menawan Baitulmaqdis Timur, meletakkan seluruh bandar di bawah kawalan Israel.

Video amatur dari tempat kejadian menunjukkan polis rejim Zionis menembak menggunakan plastik plastik-span ketika rakyat Palestin berlindung di dalam Masjid Al-Aqsa.

Polis berkata, bom api yang dilemparkan oleh salah seorang penunjuk perasaan membakar permaidani di luar masjid, tetapi ia segera dipadamkan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sebilangan besar anggota polis rejim Zionis juga dikerahkan di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis kerana bimbang konfrontasi boleh memanaskan lagi situasi yang sudah tegang di bandar itu ketika perayaan Paskah Yahudi pada bulan Ramadan.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang menguasai Semenanjung Gaza bersempadan dengan Tebing Barat pada Rabu mengingatkan rejim Israel bertanggungjawab terhadap risiko yang akan menimpa jika membenarkan perarakan Yahudi diadakan di tanah suci itu.

Beberapa ahli politik nasionalis rejim Zionis Israel berkata mereka akan menghadiri perarakan itu, termasuk Ahli Parlimen ultra-nasionalis Itamar Ben Gvir, seorang pengikut mendiang Rabbi Meir Kahane dan sering melakukan provokasi di kawasan kejiranan Palestin yang sensitif di timur Baitulmaqdis.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett dalam satu kenyataan berkata beliau akan menghalang Ben Gvir daripada menghadiri perhimpunan itu.

“Saya tidak berhasrat untuk membenarkan politik kecil membahayakan nyawa manusia,” katanya.

Dalam situasi yang sama Mei tahun lalu, pejuang Palestin di Semenanjung Gaza melepaskan roket ke arah Baitulmaqdis ketika nasionalis Israel berarak menuju ke Baitulmaqdis. Peristiwa itu mencetuskan perang 11 hari antara rejim Zionis Israel dan Hamas.

Ketegangan Israel-Palestin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas beberapa siri serangan maut di dalam Israel, diikuti dengan operasi ketenteraan di Tebing Barat.

Pada Isnin, pejuang Palestin menembak roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel buat pertama kali dalam beberapa bulan, dan Israel bertindak balas dengan serangan udara. Ia menyusul setelah beberapa hari pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin di Baitulmaqdis. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok