Covid-19: Jordan berdepan gelombang ketiga

November 22, 2021 · Dunia

Jordan menghadapi gelombang ketiga Covid-19 apabila angka jangkitan di negara itu sudah meningkat kepada 20,000 kes dalam tempoh seminggu, menurut pihak berkuasa kawalan penyakit negara itu.

Kadar kes baharu Covid-19 di negara itu telah meningkat kepada antara yang tertinggi di dunia beberapa bulan selepas kerajaan melonggarkan kebanyakan sekatan kesihatan awam.

Angka jangkitan melonjak secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa mengetatkan perintah berkurung pada sebelah malam dan Jumaat.

Adalah membimbangkan untuk melihat kadar ujian positif meningkat kepada lapan peratus, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Jordan, Adel Balbisi, katanya kepada agensi berita Petra.

Beliau memaklumkan jangkitan yang dilaporkan minggu lalu sehingga Sabtu sudah meningkat kepada 20,000 berbanding 5,000 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau menyeru agar amalan penjarakan fizikal, tindakan berjaga-jaga serta meningkatkan kadar vaksinasi dilakukan bagi mencegah penularan wabak itu setelah sebanyak lapan peratus daripada mereka yang diuji dengan ujian PCR di negara itu, disahkan positif Covid-19.

Selain itu, jurucakap kerajaan, Faisal Al Shboul memberitahu kerajaan akan mengeluarkan peraturan baharu dalam beberapa hari lagi bagi menghadapi keadaan semasa wabak di negara itu yang semakin melonjak.

Jelasnya, mulai awal tahun depan, mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang ingin masuk ke mana-mana kedai atau jabatan kerajaan wajib melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sehingga kini, hanya 3.6 juta penduduk di Jordan sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Jordan mengalami jangkitan gelombang kedua wabak itu pada suku kedua tahun ini.

Namun, Julai lalu, kerajaan sudah menarik balik kebanyakan sekatan bagi mencegah Covid-19 selepas melihat kepada keadaan ekonomi negara itu yang semakin merudum dengan kadar pengangguran juga berada di tahap tertinggi iaitu 24 peratus.

Menteri Kesihatan Jordan semalam mengumumkan 14 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 menjadikan angka korban di negara itu mencecah lebih 11,361 kes dan 3,579 kes harian dilaporkan menjadikan angka kumulatif sebanyak 914,849 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok