Covid-19: Denmark henti guna vaksin AstraZeneca

April 15, 2021 · Dunia

Denmark menjadi negara pertama yang berhenti sepenuhnya menggunakan vaksin Covid-19, AstraZeneca, susulan laporan mengatakan kemungkinan ia ada kaitan dengan pembekuan darah yang serius.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu berkata, keputusan itu mendorong kepada perubahan jadual skim vaksinasi yang dijangkakan pada 25 Julai kepada Ogos.

Keputusan siasatan terhadap pembekuan darah mendapati ianya benar dan kesan sampingannya adalah serius, kata Pengarah Lembaga Kesihatan Denmark, Soren Brostrom.

“Berdasarkan kepada semua pertimbangan, kami dengan ini akan meneruskan program vaksinasi kepada golongan sasaran tetapi bukan menggunakan vaksin ini (AstraZeneca).

Badan pemantau ubat-ubatan Kesatuan Eropah minggu lalu menemukan kemungkinan kaitan antara vaksin AstraZeneca dan cerebral venous sinus thrombosis (CVST), pembekuan darah di otak, tetapi berkata kematian akibat Covid-19 lebih tinggi berbanding risiko kematian akibat kesan sampingan.

Pada 4 April lalu, Agensi Perubatan Eropah menerima laporan 169 kes CVST selepas 34 juta dos Astrazeneca diberikan di kawasan ekonomi Eropah.

Bagaimanapun, EU menyerahkan kepada setiap negara membuat penilaian risiko mereka sendiri dan memutuskan bagaimana untuk menggunakan vaksin itu. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok