Bekas PM Pakistan diberi amaran hentikan protes jalanan

June 1, 2022 · Dunia

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanaullah Khan memberi amaran keras kepada parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan supaya tidak mengadakan protes baharu di Islamabad, lapor Bernama.

“Saya memberi amaran kepada PTI. Saya nak lihat bagaimana mereka boleh melepasi halangan kali ini,” kata Rana Sanaullah pada Selasa.

PTI merancang mengadakan perhimpunan di Islamabad untuk terus menekan kerajaan supaya mengumumkan pilihan raya awal.

Perhimpunan pada 25 Mei lalu telah dicemari pertempuran antara penyokong Imran dan polis, di beberapa bandar termasuk Lahore dan Karachi.

Imran pada 26 Mei turut membatalkan rancangannya bagi mengadakan perhimpunan kerana bimbang berlaku pertumpahan darah.

Bekas perdana menteri itu dikatakan sedang mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan.

Berita berkaitan
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023· Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023· Dunia
Seluruh Pakistan bantah penahanan Imran Khan, protes jalanan
May 10, 2023· Dunia
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok