Arab Saudi catat 5,477 kes baharu Covid-19

January 17, 2022 · Dunia

Arab Saudi mengesahkan 5,477 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, dengan tiga pusat tumpuan utama umat Islam seluruh dunia – Jeddah, Makkah dan Madinah – merekodkan 1,769 kes.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif di negara itu kepada 615,430 kes sejak awal 2020 lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes tertinggi dicatatkan di ibu negara Riyadh dengan 1,472, diikuti Jeddah (985), Makkah (425), Madinah (359), dan Al-Hofuf (189 kes).

Daripada jumlah keseluruhan kes, 336 pesakit masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi serta sesetengahnya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian itu juga mengesahkan satu kematian baharu berkaitan Covid-19, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 8,906 sejak wabak itu bermula.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 3,405 pesakit telah pulih daripada Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 564,947 pesakit.

Lebih 53.9 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak kempen imunisasi di negara itu bermula. Lebih daripada 23.4 juta orang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Sementara itu, Arab Saudi mula memberi vaksin kepada semua kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, selepas sebelum ini hanya diberikan kepada mereka yang dianggap dalam kategori berisiko tinggi dalam kumpulan umur itu.

Kementerian Dalam Negeri melaporkan 32,532 pelanggaran protokol kesihatan pada minggu lalu, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Riyadh sebanyak 9,722 kes, diikuti Madinah (5,224), wilayah timur (3,719), dan Makkah (3,575 kes). – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok