3 anggota kumpulan pejuang maut pertempuran di Selatan Thailand

January 21, 2023 · Dunia

Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan bersenjata Selatan Thailand terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di kawasan berbukit di wilayah Narathiwat, bersempadan dengan Kelantan, semalam (20 Januari 2023).

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Jumaat, pasukan keselamatan Thailand dilaporkan mengepung sebuah khemah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian sekumpulan anggota kumpulan bersenjata di Gunung Dahong di daerah Si Sakhon.

Ketua Siasatan Polis Wilayah Narathiwat Kolonel Direk Shomyon dipetik sebagai berkata ketibaan pasukan keselamatan itu disedari kumpulan berkenaan sebelum melepaskan tembakan.

“Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir sejam. Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan tiga mayat di tempat kejadian, manakala yang lain sudah meloloskan diri,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.

Sementara itu, penduduk sekitar berkumpul di kawasan kejadian untuk menuntut mayat ketiga-tiga anggota kumpulan itu.

Terdahulu pada Rabu, seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan terbunuh manakala seorang lagi cedera setelah diserang di Kampung Bilo, juga di daerah Si Sakhon.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila sekumpulan individu melepaskan tembakan ke arah orang ramai, menyebabkan Badariyah Che-Useng terbunuh, manakala rakannya, Nusan Haji-maming, cedera.

Sebelum ini, pada 11 Januari lalu, seorang anggota pasukan sukarelawan pertahanan terbunuh dan cua lagi rakannya cedera dalam serangan bom dan tembakan juga di daerah Si Sakhon. – Agensi

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok