2.2 juta kit ujian Covid-19 Ellume berisiko beri keputusan positif palsu

November 11, 2021 · Dunia

Syarikat Australia, Ellume, menarik balik 2.2 juta kit ujian kendiri Covid-19 kerana ia berisiko memberi keputusan positif palsu, kata Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Pengawal selia AS itu mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai serius, sambil mengesahkan mereka menerima 35 laporan menunjukkan keputusan positif palsu kit ujian itu.

Keputusan ujian yang salah boleh menyebabkan orang ramai menerima rawatan Covid-19 secara salah atau mengasingkan diri sedangkan mereka tidak perlu berbuat demikian, kata FDA.

“Pasukan Ellume mengemukakan permohonan maaf atas tekanan atau kesukaran yang mungkin dialami orang ramai akibat keputusan positif palsu.

“Pihak kami sudah mengenal pasti punca isu terbabit dan mengenakan langkah kawalan tambahan selain meneruskan operasi bekalan kit ujian kendiri kepada peruncit di AS.

“Kami sudah dan akan terus berusaha sehabis baik untuk memastikan ketepatan ujian dalam semua aspek,” kata syarikat itu.

Pada Oktober lalu, Ellume menghantar 3.5 juta kit ujian itu ke AS.

Kit ujian yang ditarik balik itu diedarkan antara pertengahan April hingga akhir Ogos lalu, kata FDA.

FDA mengeluarkan notis amaran berhubung keputusan positif palsu daripada kit ujian saringan kendiri Covid-19 jenama Ellume, yang puncanya dikenal pasti pada peringkat pengeluar.

Salah satu langkah terawal pentadbiran Joe Biden dalam ujian Covid-19 ialah pelaburan sebanyak AS$232 juta untuk mengembangkan pembuatan kit ujian Ellume.

Syarikat itu mengeluarkan kit ujian pertama pada akhir 2020 dan diedarkan tanpa menunggu preskripsi FDA. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok