19 murid maut ditembak di AS

May 25, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 19 murid dan dua individu dewasa dipercayai guru sekolah maut dalam amukan terbaharu di Amerika Syarikat apabila seorang remaja berusia 18 tahun melepaskan tembakan rambang, pada Selasa (24 Mei).

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, kira-kira 80 batu ke barat San Antonio.

Remaja bersenjata itu, yang dikenal pasti oleh pegawai sebagai Salvador Ramos, telah mati dan dipercayai bertindak bersendirian. Gabenor Texas Greg Abbott berkata suspek berusia 18 tahun bersekolah di Sekolah Tinggi Uvalde ditembak mati oleh polis.

Kejadian itu dianggap paling ramai kematian di sekolah rendah sejak pembunuhan di Sandy Hook, Connecticut pada 2012 yang menyebabkan 26 orang terbunuh, termasuk 20 kanak-kanak berusia antara 6 dan 7 tahun.

Terdahulu, suspek dilaporkan menembak neneknya sebelum menuju ke sekolah rendah. Neneknya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, kata Sarjan Erick Estrada dari Jabatan Keselamatan Awam Texas.

Suspek memakai sut perisai badan merempuh kenderaannya di dalam parit berhampiran sekolah sebelum cuba memasuki premis itu.

Penguat kuasa undang-undang cuba menghalang suspek tetapi dia dapat masuk ke kawasan sekolah, di mana dia “memasuki beberapa bilik darjah dan mula melepaskan tembakan rambang, kata Estrada.

Dua daripada anggota polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Gabungan Bebas Sekolah Uvalde, Pete Arredondo, berkata mayat pelajar terdiri daripada murid gred dua, tiga dan empat.

Hospital Universiti di San Antonio di Twitter berkata, pihaknya menerima dua mangsa tembakan di Uvalde, masing-masing seorang wanita berumur 66 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dalam keadaan kritikal.

Amukan di Texas adalah kejadian terbaru dalam siri tembakan besar-besaran di sekolah di Amerika Syarikat ((AS) yang mengejutkan dunia dan mencetuskan perdebatan sengit antara penyokong kawalan senjata lebih ketat dan penentang undang-undang boleh menjejaskan hak rakyat untuk memegang senjata.

Pada 2018, seorang bekas pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida, membunuh 17 pelajar dan pendidik.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok