100 mayat pesakit Covid-19 dibuang ke Sungai Ganges

May 11, 2021 · Dunia

Lebih 100 mayat dipercayai meninggal akibat Covid-19 ditemui terapung di tepi Sungai Ganges di dua negeri di timur laut India, hari ini, kata pihak berkuasa.

Pegawai Daerah Buxar di negeri Bihar, Ashok Kumar berkata mayat dihanyutkan arus ke tepi sungai berhampiran sempadan dengan negeri Uttar Pradesh.

“Kami telah menghantar pasukan untuk mengambil semua mayat itu sama ada dibakar atau dikebumikan,” katanya.

India kini berdepan ‘tsunami Covid-19’, terutama di kawasan pedalaman di mana kemudahan kesihatan adalah terhad.

Kes Covid-19 harian di India meningkat sebanyak 329,942, sementara kematian akibat penyakit itu meningkat kepada 3,876 sehari. Jumlah jangkitan di India kini lebeihi 22.99 juta, sementara kematian pula sebanyak 249,992.

Sementara itu, pihak berkuasa Uttar Pradesh pula melaporkan penemuan mayat yang terapung di Sungai Ganges di wilayah mereka hari ini, sekali gus menimbulkan ketakutan penduduk sekitar mengenai penularan wabak itu.

“Sesetengah mayat tidak dikenali ditemukan terapung di Sungai Ganges di daerah Ghazipur, Uttar Pradesh,” kata pegawai.

Media melaporkan mayat pesakit Covid-19 itu dipercayai dibuang oleh ahli keluarga mereka ke dalam sungai berkenaan setelah tidak dapat menampung kos pembakaran. Bihar dan Uttar Pradesh adalah dua negeri termiskin di India.

Pihak berkuasa Bihar menuduh mayat itu dihanyutkan dari Uttar Pradesh, sementara Bihar pula menuduh sebaliknya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok