Kes dijangka turun ke paras 1,000 sehari pada Oktober

August 3, 2021 · Isu semasa

Ketika 17,105 kes baharu dilaporkan hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara akan turun kepada 1,000 kes sehari pada Oktober setelah majoriti populasi melengkapkan dua dos vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun mengingatkan KKM juga menjangkakan tahap kemuncak jangkitan Covid-19 di seluruh negara bakal berlaku pada pertengahan September.

“Rekod kes harian paling tinggi dicatatkan sebanyak 17,786 pada 31 Julai 2021. Berdasarkan unjuran KKM, kes harian kekal sekitar 17,000 sehari.

“Namun, kes harian diunjur turun kepada 1,000 kes sehari pada Oktober. Kes diunjur terus turun apabila majoriti populasi penduduk Malaysia lengkap divaksin.

“Setakat hari ini, 22 peratus populasi melengkapkan dua dos suntikan vaksin, di mana 30.7 penduduk dewasa melengkapkan dua dos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh dua minggu lalu bermula 20 Julai hingga 2 Ogos 2021 kes baharu yang dicatatkan menunjukkan trend mendatar, sementara kadar kebolehjangkitan pula semakin menurun.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, jangkitan baharu meningkat semula kepada 17,105 kes menjadikan kumulatif kepada 1,163,291 kes, berbanding 15,764 kes yang direkodkan semalam.

Berdasarkan data dikeluarkan KKM, 10 daripada 16 negeri dan wilayah merekodkan peningkatan dengan Kuala Lumpur dan Kelantan mencatatkan lonjakan yang tinggi.

Kuala Lumpur hari ini merekodkan 2,309 kes berbanding 1,536 jangkitan semalam, manakala Kelantan daripada 552 kes kepada 915 jangkitan, naik dua hari berturut-turut.

Sementara itu Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Putrajaya dan Terengganu juga mencatatkan peningkatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok