Pemimpin pembangkang dikecam teruk dalam FB selepas himpunan haram

August 2, 2021 · Politik

Warganet nyata berang dengan tindakan pemimpin blok pembangkang yang diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka pagi tadi, tinjauan mendapati mereka dikecam secara berjemaah pengguna media sosial Facebook (FB) yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Presiden PKR paling teruk dihamburkan dengan cacian warganet yang membidasnya sebagai seorang gila kuasa dan tidak sensitif dengan rakyat yang sudah tertekan dengan krisis Covid-19 yang sedang dihadapi ketika ini.

“Kami sebagai rakyat minta semua ahli parlimen pembangkang letak jawatan. Sebab tidak ada satu pun masalah rakyat kamu bincang di Parlimen. Kamu asyik bergaduh nak tumbangkan kerajaan. Itu saja,” kata seorang pengguna yang menggunakan akaun Ryo Chan di ruang komen FB Anwar.

“Belum jadi kerajaan pun dah haru jadinya,” kata pengguna FB Shahrizan Abul Qassam juga di ruang komen FB Anwar.

Tinjauan mendapati hampir ribuan komen membanjiri FB Anwar dengan majoritinya membidas beliau sebagai tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan para petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa makian warganet apabila dibelasah teruk dengan kritikan yang tidak berpuas hati dengan tindakan menyertai himpunan tersebut bersama Anwar.

“Kluster YB,” kata pengguna FB Chew Khur Fu Andrew di ruang komen FB Guan Eng.

“Dimana social distancing 1 meter?” kata pengguna FB Tmah Tim di ruang komen Guan Eng dan seorang lagi pengguna FB Rifqi Hadi pula berkata “Buang DAP dari Malaysia!!!”.

Sementara itu, bapa Guan Eng yang turut hadir semasa himpunan itu, Lim Kit Siang turut menerima tempias sama apabila dikecam dalam akaun FB miliknya.

“Opposition political leaders are all idiots, crazy about power, don’t think about the people’s problems, violate SOP orders .. you are indeed wretched,” kata Freds Jinggo di ruang komen Kit Siang.

“Jenaka paling besar hari ini adalah bila ahli-ahli parlimen berhimpun menjerit Daulat Tuanku Daulat Tuanku Sedangkan Tuanku titah jaga SOP dan jangan berkumpul. Bukankah melanggar titah itu lagi besar derhakanya kepada Tuanku? Perangai macam ni orang Terengganu panggil Atam Abi Ruk,” kata Joe Labi di ruang komen FB Kit Siang.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir dan berucap sepentas Anwar di Dataran Merdeka pagi tadi turut tidak terlepas daripada kritikan pengguna FB yang menghentamnya kerana terlalu pentingkan untuk merampas kuasa.

“Betul tu Tun M.. tapi amat mendukacitakan kerana pagi tadi Tun M dan ahli-ahli politik yang bijaksana.. sanggup buat perhimpunan ‘demi kuasa’ untuk ‘menguasai’… kasihanilah kepada frontliners yang terpaksa berhadapan dengan kes Covid 19 yang masih tinggi jumlahnya,” kata Ummi Shah di ruang komen FB Dr Mahathir.

Seorang pengguna FB Fatin Juhari pula melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang juga menyertai perhimpunan pagi tadi walaupun kes penularan Covid-19 masih tinggi dan tindakan tersebut menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada rakyat sama sekali.

“Kenapa Tun cerita pasal vaksin plak sedangkan tadi Tun tak hirau pun pasal penjarakan sosial semua.. motif kita nak putuskan rantaian, tapi Tun tunjuk teladan yang tidak baik pada kami.. very disappointed dengan Tun,” kata Fatin di ruang komen FB Dr Mahathir.

Pagi tadi di Dataran Merdeka, Anwar menggepalai blok pembangkang berhimpun beramai-ramai dengan mengkritik kerajaan Perikatan Nasional selepas mereka tidak dibenarkan memasuki Parlimen.

Selain Anwar, antara pemimpin utama blok pembangkang yang lain hadir bersama adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang, Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berucap semasa menyertai himpunan tersebut.

Gerombolan pemimpin pembangkang berkumpul seawal 9 pagi di Dataran Merdeka tanpa menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakkan sosial dan duduk berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Untuk rekod, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dan kapasiti hospital di Lembah Klang juga berada pada tahap kritikal, ia memandangkan jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Petugas barisan hadapan juga sudah mengalami keletihan dan kelesuan kerana pertambahan kes yang meningkat setiap hari.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok