Elak stres akibat isolasi sosial

July 31, 2021 · Isu semasa

Covid-19 boleh menyebabkan individu mengalami stres secara berlebihan kerana berdepan dengan isolasi sosial.

Keadaan ini berlaku apabila seorang individu mengalami penurunan atau tidak mampu berinteraksi dengan orang lain di sekitarnya. Seseorang itu mungkin merasa ditolak, tidak diterima, kesepian dan tidak mampu membina hubungan dengan orang lain.

Jika golongan ini tidak dirawat, mereka cenderung cenderung mengalami stres tahap kronik yang mana ia boleh menjejaskan kesihatan, pada masa sama melemahkan sistem imun tubuh melawan penyakit.

Menurut Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife, Gary Small, orang ramai perlu mengenali i stres yang dialami dan pelajarilah teknik menanganinya.

“ Tidak ada jenis khusus kerana penerimaannya bergantung kepada individu. Kalau tidak sesuai cara A, pilih kaedah B. Yang penting berusaha redakan tekanan dialami,” katanya.

Tambah beliau terdapat beberapa cara mengenali gejala stres termasuk kenaikan berat badan, sakit kepala, perubahan mood, sakit belakang dan leher.

“Ada juga pesakit yang mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Dengan mengenal pasti gejala ini, anda dapat mengetahui bila strategi tertentu boleh diamalkan untuk menangani stres yang sedang dialami.

“Sebagai contoh, ketika anda bekerja di rumah atau sedang menonton berita, lalu anda mula berasa cemas, jengkel atau mengalami sakit kepala atau sakit pada bahagian leher, maka anda perlu bergerak dan asingkan diri daripada sumber stres.

“Rehatkan minda dengan menghirup udara segar melalui jendela atau balkoni di rumah anda, mendengar muzik atau meluangkan masa di ruang yang senyap buat seketika untuk memperbetulkan semula keadaan mental anda dan kembali menjalankan tugas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Gary turut menasihatkan orang ramai supaya mengasingkan diri daripada sumber media sosial. Ini kerana ketegangan mental dan kegelisahan akan bertunas jika anda berdamping dengan mana-mana media sosial 24 jam sehari.

“Ambil masa rehat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menghilangkan rasa jemu dalam rutin harian. Hubungan yang dijalin dengan individu yang anda percayai untuk berkongsi tentang perasaan, dapat membantu memperbaiki mood.

“ Luangkan masa untuk menemukan semula hobi lama yang anda gemari, atau cari aktiviti baharu untuk dilakukan. Dengan mengalih fokus kepada sesuatu yang baharu, ia dapat membantu anda berasa lebih tenang dan bertenaga,” katanya.

Tidak ketinggalan, cari aktiviti rekreasi anda gemari seperti senaman yang dapat memperbaiki kesihatan secara menyeluruh dan ia merupakan kaedah efektif menangani stres.

“Apabila bersenam, tubuh akan membebaskan endorfin, iaitu hormon di dalam otak yang membantu mengurangkan persepsi kesakitan serta memperbaiki mood. Senaman berkala dapat menaik taraf kualiti tidur, lalu mengurangkan stres dan keletihan. Jika anda memiliki peranti kecergasan, terapkan aktiviti berjalan dengan menyasarkan 10,000 langkah setiap hari. Matlamat yang disasarkan dapat memberikan anda motivasi serta merasai kepuasan,” katanya.

Tambah beliau, kekalkan konsistensi dengan aktiviti yang anda boleh kawal.

“Jika anda bekerja dari rumah, maka anda boleh membentuk sebuah rutin harian. Bertindak seolah-olah anda akan pergi bekerja seperti sedia kala. Bangun pada waktu yang biasa dan bersiap. Tidak perlu memakai sut profesional, pakaian kasual sudah memadai. Sediakan ruang pejabat khas yang bebas daripada gangguan supaya anda fokus. Amalkan waktu rehat secara berkala untuk mengurangkan tekanan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok