Warga asing tak ikut penjarakan fizikal di PPV KLCC

July 29, 2021 · Isu semasa

Tindakan tidak bertanggungjawab majikan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi punca kesesakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Menara Berkembar Petronas (KLCC), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di PPV itu seperti tular di media sosial sejak semalam.

Klip video berdurasi 26 saat itu menunjukkan ratusan warga asing yang merupakan pekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan beratur hampir satu kilometer di luar PPV berkenaan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan orang ramai kemungkinan tercetus penularan Covid-19, apabila warga asing terbabit didapati tidak melaksanakan penjarakan fizikal.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC.

“Oleh itu, mohon majikan patuhi janji temu dan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,” kata Mohamad Zainal.

Sehubungan itu beliau mengingatkan majikan supaya tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok