Polis tidak buka kertas siasatan terhadap hartal doktor kontrak

July 28, 2021 · Isu semasa

Petugas kesihatan yang menyertai perhimpunan Hartal Doktor Kontrak di sekitar ibu negara dan Selangor pada Isnin tidak berdepan siasatan Polis Diraja Malaysia.

Jelas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, setakat ini tiada kertas siasatan yang dibuka terhadap petugas kesihatan menyertai perhimpunan yang diadakan di beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur itu.

“Setakat ini, tidak ada siasatan dibuat,” katanya lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata tiada kertas siasatan dibuka di negeri itu berhubung perhimpunan berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata polis hanya mengambil keterangan petugas kesihatan berhubung pencerobohan pengamal media di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRCB) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang susulan laporan yang diterima mengenainya.

Arjunaidi berkata siasatan sedang dibuat termasuk mengenal pasti mereka yang memasuki PKRCB MAEPS tanpa kebenaran pihak berkaitan.

Menjelaskan perkara berkenaan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehawan Mohamed berkata dewan di MAEPS itu diwartakan sebagai PKRCB yang melarang orang luar memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

“Seorang daripada media berkenaan telah membuat (liputan) secara live semasa berada di dalam dewan itu. Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 17 petugas kesihatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat yang bertugas semasa kejadian untuk membantu siasatan bagi mendapatkan pengesahan mengenai kehadiran media di dalam dewan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman secara langsung di dalam kawasan yang dilarang sehingga memaparkan pesakit sedang menerima rawatan.

Pada Isnin, polis menerima laporan berhubung enam pengamal media daripada pelbagai agensi yang didakwa menceroboh PKRCB MAEPS.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok