[KEMAS KINI] Kematian turun bawah 100, kes sembuh meningkat

July 25, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes sembuh harian pesakit Covid-19 semakin meningkat apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi seramai 9,683 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 844,541, berbanding jumlah keseluruhan 1,013,438 kes.

Jumlah kematian juga turun kepada 92 pesakit, berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 184 kes, menjadikan keseluruhan jumlah kes kematian kepada 7,994.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini 160,903 kes masih aktif dengan 970 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dan 501 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdahulu beliau memaklumkan keseluruhan jangkitan Covid-19 sejak kes pertama mula dikesan di negara ini pada Februari tahun lalu, kini melangkau lebih satu juta kepada 1,013,438 kes.

Angka ini muncul setelah 17,045 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadi yang tertinggi setakat ini pernah dicatatkan.

Beliau berkata dalam tempoh itu Selangor merekodkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 8,500 kes.

Daripada jumlah itu, 4,884 kes atau 57.46 adalah daripada saringan kontak rapat; 3,440 kes (40.47 peratus) saringan lain-lain; 175 kes (2.06 peratus) dari saringan kluster dan satu kes (0.01 peratus) merupakan kes import A (penularan dari luar negara).

Di negeri Selangor, didapati 72 peratus kes positif Covid-19 yang dilaporkan telah menjalani ujian pengesahan virus itu sama ada di klinik atau makmal swasta. Senario yang sama juga dapat dilihat di beberapa negeri lain. Ini menunjukkan tahap kesedaran telah meningkat untuk tampil mendapatkan ujian Covid-19 terutama jika bergejala.

Daripada 17,045 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 187 kes (1.1 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan); 124 kes (0.7 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen); dan 122 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru).

Sebanyak 7,489 kes (43.9 peratus) dalam kategori 2 (bergejala ringan); dan 9,123 kes (53.5 peratus) kategori 1 (tidak bergejala), iaitu semasa kes-kes ini baharu didiagnosa.

Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5 semasa baru didiagnosa, di mana ianya berjumlah sebanyak 433 kes yang perlu ditempatkan di hospital merawat Covid-19 yang semakin penuh dan sesak.

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), elakkan perhimpunan terutama di tempat yang sempit dan kurang pengudaraan, serta segera dapatkan temu janji vaksin Covid-19 agar dilindungi bahaya Covid-19.

Data 25 Julai 2021

Pada masa sama Dr Noor Hisham juga memaklumkan 34 kluster baharu dikesan dengan jangkitan di tempat kerja menjadi penyumbang kes tertinggi iatu 18 kluster diikuti kluster komuniti sebanyak 15 dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sehingga kini, 3,452 kluster dikesan dengan 2,460 sudah ditamatkan manakala 992 lagi masih aktif.

Enam daripada kluster tempat kerja itu dikesan di Johor, diikuti empat di Selangor, masing-masing dua di Sabah dan Kedah, dan masing-masing satu di Pahang, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

Kedah, Sabah, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur turut mencatatkan kluster komuniti, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Sabah.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini 24 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.11.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.29) dan Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok