Penerima vaksin boleh rakam video terima vaksin, kata Khairy

July 23, 2021 · Isu semasa

Rakaman video dibenarkan semasa proses menerima vaksinasi sebagai bukti proses suntikan berjaya dijalankan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata langkah tersebut dapat memastikan isu suntikan vaksin kosong tidak berulang dan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada dipatuhi iaitu meminta petugas kesihatan menunjukkan picagari yang diisi kuantiti vaksin kepada penerima sebelum suntikan.

“Anda boleh rakamkan video diri anda terima vaksin, jadi anda dan kami (kerajaan) mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan,” katanya lapor Bernama pada sidang media harian PICK hari ini.

Berhubung siasatan pihak polis melibatkan kaitan isu picagari kosong dengan sindiket penjualan vaksin Covid-19 di negara ini, Khairy menjelaskan tiada bukti kukuh ditemui setakat ini berhubung dakwaan tersebut.

“Daripada 16 juta dos yang telah kita beri secara kumulatif, hanya 13 laporan polis dibuat berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV),” katanya lagi.

Turut sama dalam sidang media Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata daripada 13 laporan polis yang dibuat, hanya satu kes disebabkan kecuaian oleh petugas kesihatan manakala selebihnya tiada bukti kukuh seperti yang didakwa dan tular dalam media sosial.

Mengulas lanjut, beliau berkata hanya satu kes di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah yang mendapati jururawat mengaku memberikan suntikan kosong akibat keletihan dan jururawat itu telah diberikan amaran serta menjalani proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan.

Mengenai dua lagi kes melibatkan PPV di Banting dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), beliau berkata suntikan dos tambahan akan diberikan kepada penerima kerana ketidakpastian daripada petugas kesihatan sama ada wujud kecuaian atau tidak.

Selain itu, Khairy berkata wujud salah faham kerana terdapat pengadu membuat laporan polis kerana tidak mempunyai kesan sampingan seperti tangan tidak kebas, sekali gus mendapati tiada bukti bagi menyokong dakwaan suntikan vaksin kosong itu.

Khairy, yang mengakui terdapat kesilapan atas kecuaian, menegaskan kerajaan sentiasa memelihara integriti PICK dan ribuan petugas barisan hadapan yang berisiko menyuntik rakyat Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu meminta maaf atas kesilapan yang berlaku berkaitan vaksin sejak beberapa hari lepas dan meminta semua rakyat Malaysia agar terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus memberikan vaksin, sekali gus memerangi pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok