Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu

July 18, 2021 · Isu semasa

Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk, oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Sultan Terengganu juga berkenan menganugerahkan darjah sama kepada lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan hari ini berkata pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Empat lagi doktor yang dianugerahkan DPMT ialah Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Ahmad Kashfi Ab Rahman; Pakar Perunding Anesthesiologi & Intensivist HSNZ, Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Kasemani Embong; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Covid-19 Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Hasnan Arwit @ Hassan.

Sultan Terengganu juga berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran DPMT kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan; Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd Md Nor Ismail; Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun; serta Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd Ir Wan Anuar Wan Endut.

Selain itu, Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (SMT) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ, Dr Fatimah Haslina Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azmani Wahab; Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad; dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Isa berkata Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Berita berkaitan
Saya mohon maaf sangat-sangat, kata Azizulhasni gagal raih emas
August 8, 2021· Isu semasa
Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni hadiah perak buat Malaysia
August 8, 2021· Isu semasa
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
22 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok