Peningkatan kes harian di Lembah Klang sudah dijangka, kata Noor Hisham

July 11, 2021 · Isu semasa

Kes jangkitan harian Covid-19 yang melonjak di Lembah Klang beberapa hari ini sememangnya sudah dijangka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata peningkatan kes tersebut susulan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 yang dijalankan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.

“Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya lapor Bernama.

Bagaimanapun, beliau memberi keyakinan kes jangkitan akan mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, ia memandangkan proses vaksinasi giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Beliau berkata pematuhan yang berterusan oleh semua pihak serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan seperti sektor perkilangan, perlu dipertingkatkan dalam usaha mengawal lebih banyak jangkitan khususnya melibatkan penularan di tempat kerja.

Menjelaskan situasi kapasiti beberapa hospital yang dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit Covid-19, beliau berkata KKM sedang giat meningkatkan keupayaan hospital untuk menampung pesakit terutama individu dengan jangkitan tahap empat dan lima di unit rawatan rapi (ICU).

“Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam ICU antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh sebab itu KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital,” katanya.

Terdapat lima tahap jangkitan Covid-19. Tahap satu – tidak bergejala; tahap dua – bergejala ringan; tahap tiga – bergejala dan mengalami radang paru-paru; tahap empat – bergejala, mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen; serta tahap lima – bergejala kritikal dan memerlukan rawatan di ICU.

Hari ini (10 Julai), Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 9,353 kes baharu dengan 29 lagi kluster baharu termasuk 19 kluster tempat kerja.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok