Blok pembangkang sokong keputusan UMNO, senada dengan Zahid

July 8, 2021 · Politik

Keputusan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menggesa supaya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur disambut baik dengan gembira blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan, PH mendakwa kononnya keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam adalah jelas menunjukkan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP).

“Kami mengingatkan Peguam Negara (AG) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden UMNO, yang telah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.

“Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumumkan menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani wakil PKR, DAP dan AMANAH.

PH menolak pendirian AG yang menolak tanggapan PM dan Jemaah Kabinet sudah jatuh. AG menjelaskan kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Katanya, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh mereka sendiri, bukan kenyataan media parti atau pemimpin politik.

PH bagaimanapun menolak pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum diadakan atas alasan penularan Covid-19 yang semakin serius dihadapi negara.

“Majlis Presiden turut berpendirian bahawa waktu ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum, pilihanraya negeri atau pilihanraya kecil memandangkan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan,” katanya.

Semalam, Zahid selepas selesai Mesyuarat MT sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
11 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok