Putrajaya pertimbang kaedah terbaik untuk buka sidang Parlimen

June 27, 2021 · Isu semasa

Kaedah yang selamat dan efisien sama ada secara fizikal atau hibrid sedang dipertimbangkan pihak kerajaan sebelum sidang Parlimen boleh dibuka, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata beberapa persidangan secara hibrid antara salah pilihan yang mungkin akan dilaksanakan memandangkan pendekatan sama tersebut sudah dijalankan dalam mesyuarat kerajaan dan ia terpulang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membuat keputusan sewajarnya.

“Speaker menyebut persidangan Parlimen secara hibrid adalah satu opsyen iaitu kalau sekiranya Parlimen tidak boleh diadakan secara fizikal maka opsyennya adalah hibrid.

“Maksud hibrid sebahagian bersidang secara fizikal dalam jumlah tertentu dan yang lain hadir secara maya, dalam talian. Sekarang pun banyak mesyuarat termasuk mesyuarat Kabinet diadakan secara dalam talian.

“Jadi, pihak Parlimen yang mencadangkan pada kerajaan kalau tidak boleh dibuat secara fizikal dan jika kerajaan putuskan untuk mengadakan Parlimen, pilihannya adalah hibrid,” katanya lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Putrajaya akan mengumumkan tarikh yang sesuai untuk memanggil sidang Parlimen selepas menerima cadangan dan pendapat Peguam Negara memandangkan negara masih lagi berada dalam tempoh Darurat.

Beliau berkata kemudian, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memaklumkan perkara tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Katanya selepas itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis 28 hari kepada Ahli-ahli Parlimen, seperti ditetapkan dalam peraturan.

“Ketika ini, notis belum dikeluarkan kerana di bawah Ordinan Darurat Parlimen tidak boleh bersidang. Selepas Proklamasi Darurat ditamatkan barulah boleh dikeluarkan notis, sekiranya Parlimen hendak bersidang.

“Maknanya tidak lebih dari 1 Ogos…1 Ogos nanti Proklamasi Darurat tamat, barulah undang-undang yang berkaitan memanggil Parlimen berkuat kuasa semula,” katanya lagi.

Terdahulu, Takiyuddin melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan hari ini.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok