Ebit Lew mahu segera masuk Gaza, rindukan ayah sakit di Malaysia

June 27, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam HM4P

Pendakwah terkenal negara, Ebit Lew dipercayai dalam perjalanan untuk memasuki Semenanjung Gaza di Palestin dari Mesir bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan di wilayah bergolak itu.

Agenda Daily difahamkan beliau akan cuba memasuki wilayah berkenaan dengan membawa pelbagai keperluan kepada rakyat Palestin menerusi pintu lintasan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza dan Mesir, hari ini.

Difahamkan beliau mempercepatkan jadualnya memasuki wilayah itu kerana bapanya sedang sakit di Malaysia. Beliau telah membeli pelbagai keperluan seperti makanan dan bekalan perubatan di Kaherah sejak beberapa hari lalu untuk disampaikan kepada rakyat Palestin, namun belum dapat melakukan penghantaran.

Tidak pasti kenapa beliau belum dapat memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir, tetapi difahamkan Ebit Lew terpaksa menunggu sehingga keadaan di wilayah itu benar-benar selamat. Kali terakhir Gaza diserang rejim Zionis Israel adalah pada 17 dan 18 Jun lalu.

Pada 25 Mei lalu, Ebit Lew berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan bagi menghantar bekalan barangan keperluan asas serta ubat-ubatan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Misi beliau mendapat sokongan dan dukungan kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia dan kerap dipantau oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kali terakhir memuat naik status mengenai misi itu di Facebook beliau adalah pada 12 Jun lalu, sambil meminta rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misinya.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit Lew dalam hantaran di Facebook beliau dengan melampirkan sekeping gambar yang dirakam di penginapannya di Mesir.

Pada 18 Jun lalu, Ebit Lew sekali lagi memuat naik status dan gambar bapanya yang terlantar sakit di hospital.

“Pohon doakan ya. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku.

“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja disana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah.. Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” tulisnya.

16 Jun lalu beliau sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada isterinya.

Ebit Lew turut menulis kembali apa yang dijawab oleh isterinya yang meminta beliau meneruskan perjuangan membantu rakyat Palestin.

“Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka.

“Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa,” tulis Ebit Lew yang memetik kata-kata isterinya.

Berita berkaitan
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023· Dunia
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok