Jangan bimbang, vaksin yang sampai dihantar terus ke PPV

June 25, 2021 · Isu semasa

Orang ramai diminta bersabar dalam menunggu giliran vaksinasi memandangkan bekalan tambahan vaksin Covid-19 dijangka tiba ke Malaysia dalam masa terdekat, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata vaksin yang tiba tidak akan disimpan sebaliknya akan dihantar terus ke pusat pemberian vaksin (PPV) dan memberi jaminan tidak akan melengah-lengahkan proses suntikan vaksin kepada orang ramai kerana ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok dengan secepat mungkin.

“Bertenang. Bekalan akan sampai nanti. Saya tidak simpan mana-mana vaksin. Vaksin itu sampai saya hantar…kita dapat pelepasan lot (vaksin) dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan terus hantar pada negeri-negeri dan pusat pemberian vaksin (PPV) kita.

“Kita punya kadar penggunaan vaksin kini 90 peratus. 100 vaksin sampai, 90 akan diguna dalam tempoh beberapa hari. 10 tu ‘buffer’ sikit untuk janji temu akan datang,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Khairy meninjau program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang bermula hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Khairy berkata, penggunaan vaksin yang mencecah 90 peratus itu menyebabkan terdapat negeri yang sudah tidak mempunyai bekalan vaksin yang banyak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok