Kerajaan tak jual lapangan terbang Subang: MOT

June 25, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

“Ingin ditegaskan bahawa setakat ini tidak ada sebarang keputusan dibuat oleh Kabinet untuk meluluskan penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada sektor swasta, seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

“Sepertimana siaran media Kementerian Pengangkutan Malaysia bertarikh 7 Mei 2021, kerajaan terbuka dalam menerima cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset baharu atau sedia ada,” kata MOT dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ura-ura Putrajaya mungkin menimbang untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) LTSAAS daripada rangkaian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MOT berkata MAHB terus mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal LTSAAS sehingga tahun 2034 dan 2067 sebagaimana di bawah perjanjian pajakan.

Katanya, berdasarkan keputusan Kabinet pada 2 Mac 2005 lalu, MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan lapangan terbang itu sebagai hab aeroangkasa antarabangsa.

“Tidak ada keputusan lain yang dibuat untuk mengubah perkara ini. Kerajaan memahami dan mengulangi pendirian bahawa usaha dan pertimbangan sewajarnya diperlukan sebelum membuat keputusan akhir mengenai aset-aset strategik awam yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, seperti LTSAAS,” katanya.

Justeru, MOT berharap orang ramai menghentikan daripada menyebarkan maklumat salah mengenai perkara ini atau tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Terdahulu, Pengerusi MAHB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membantah apa yang dikatakannya rancangan untuk menjual lapangan terbang itu kepada pihak swasta.

“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS,” kata Zambry dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
Kos bangun semula lapangan terbang Subang hampir RM300 juta dipertikai
August 1, 2023· Isu semasa
Tambang feri ke Langkawi belum naik
July 16, 2022· Isu semasa
Tambang e-hailing: Kementerian Pengangkutan beri amaran keras
May 25, 2022· Isu semasa
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok