11 ahli kongsi gelap ‘Geng 35’ potong kek diberkas polis

June 22, 2021 · Isu semasa

Susulan tular klip video sekumpulan ahli kongsi gelap memotong kek berbentuk nombor ‘35’ di dalam sebuah rumah, polis memberkas 11 individu disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 35’.

Semua mereka ditahan dalam operasi di sekitar Kulim, semalam selepas tular satu video berdurasi 44 saat di aplikasi ‘TikTok’.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis sebelum itu mengesan satu video yang dimuat naik melibatkan sekumpulan lelaki dalam sebuah rumah tanpa ada penjarakan sosial.

“Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim telah mengesan video berkenaan pada pukul 7 malam, semalam yang dimuat naik di dalam aplikasi tersebut oleh seorang individu yang turut memaparkan seramai 15 individu berkumpul di dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal.

“Hasil risikan dijalankan mendapati kejadian berlaku di rumah salah seorang suspek yang meraikan sambutan Hari Bapa,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata susulan penyebaran video itu polis menahan 11 individu tersebut berusia 26 hingga 61 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan beberapa barangan seperti telefon bimbit dan cincin milik suspek turut dirampas.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sementara itu, dalam kes berasingan Kamarul Zaman berkata polis menahan empat lelaki dan dua wanita berumur antara 19 hingga 50 tahun yang terlibat dalam aktiviti penganjuran pertaruhan bola sepak Piala Euro 2020 di Sungai Petani pada 11.30 malam semalam.

Beliau berkata dalam serbuan hasil maklumat awam itu, pihaknya turut merampas 11 unit telefon bimbit, satu set komputer, tiga unit komputer riba, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM3,000.

“Kumpulan yang aktif sejak hampir lapan bulan lepas ini dipercayai melakukan aktiviti mengurus serta menganjurkan pertaruhan bola sepak Piala Euro 2020 dan mempromosi perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan di Malaysia dan memperoleh keuntungan lebih kurang RM50,000 hingga RM70,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu disyaki mengurus serta menjalankan aktiviti perjudian dalam talian menggunakan pelbagai laman sesawang perjudian dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok