Tarikh tutup UPUOnline kemasukan ke IPTA, ILKA dilanjut hingga 2 Julai

June 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pengajian Tinggi melanjutkan tempoh permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) sehingga jam 5 petang 2 Julai ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata, ia membabitkan lepasan SPM yang mengikuti program sijil, asasi dan diploma di IPTA serta ILKA bagi sesi akademik 2021/2022.

“Keputusan ini membolehkan pelajar mengemaskini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline.

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa dihadapi pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

“KPT berharap keputusan ini dapat memudahkan urusan permohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my

Berita berkaitan
Data disebut PMX termasuk calon SPM mendaftar satu mata pelajaran: Hui Ying
June 15, 2023· Isu semasa
Pelajar SPM dapat 11A tular jaga ibu sakit akan diberi biasiswa: MB Kelantan
June 14, 2023· Isu semasa
Semak fakta sebelum nak kenakan saya, Radzi bidas PMX dalam isu SPM
June 14, 2023· Politik
[KEMAS KINI] 89 gagal duduki SPM, mangsa banjir di Johor meningkat
March 1, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok