Malaysia salur RM4.14 juta kepada Palestin pulihkan fasiliti ujian Covid

June 19, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia juga bersetuju menyumbang lebih AS$1 juta (kira-kira RM4.14 juta) kepada Palestin bagi membantu membina semula fasiliti ujian Covid-19 di Semananjung Gaza yang musnah akibat dibom rejim Istael dalam serangan bulan lalu.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau juga mencadangkan negara yang berkongsi tekad yang sama membantu Palestin untuk tampil menyokong dan menggerakkan bantuan di wilayah bergolak itu.

“Cadangan ini disambut baik oleh Menteri Luar Palestin, Dr Riad Malki,” katanya sambil memaklumkan bahawa rakyat Palestin menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan Kerajaan Malaysia kepada Palestin sejak sekian lama.

Perkara itu disampaikannya dalam pertemuan kedua-duanya di Turki pada Jumaat, kata kenyataan Wisma Putra.

Dr Riad turut memuji pendirian Malaysia yang tidak pernah berbelah-bahagi dan menyatakan Palestin sentiasa boleh bergantung harap kepada sokongan Malaysia.

Memetik laporan Bernama, pertemuan dengan Dr Riad adalah sebahagian daripada program lawatan kerja Hishammuddin ke Turki yang bermula pada Jumaat dan menghadiri Forum Diplomasi Antalya.

Selain itu, Dr Riad turut berkongsi dengan Hishammuddin mengenai perkembangan terkini di Palestin dengan memaklumkan bahawa Palestin masih terpaksa berdepan serangan dan kekejaman berterusan daripada pihak Israel.

Pada akhir pertemuan, Hishammuddin sekali lagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin serta akan terus mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap Palestin.

Beliau juga memaklumkan kepada Dr Riad bahawa beliau akan ke Mesir sebaik lawatan kerja di Turki berakhir dan akan berkongsi perkara yang dibincangkan ketika bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok