Hentikan agenda peribadi, fokus pulihkan negara bersama

June 18, 2021 · Politik

Armada Bersatu menyeru kepada segenap pihak supaya meletakkan fokus kepada agenda pengurusan Covid-19 dan pemerkasaan ekonomi daripada berpencak untuk menimbulkan sentimen politik yang memecah belahkan agenda pemulihan negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, usaha sekarang adalah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun atas faktor keselamatan dan kesihatan rakyat dan bukan masanya untuk ‘politiking’ dan mengejar agenda peribadi.

“Armada yakin bahawa satunya jalan keluar secara bersama dalam situasi semasa yang semakin menunjukkan kesan positif atas segenap hasil usaha pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet, penjawat awam dan barisan hadapan.

“Dengan kerjasama yang baik segenap lapisan masyarakat adalah dengan memberi fokus menjayakan strategi Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelan ini disokong pengalaman kerajaan sebelum ini yang pernah berjaya (PKP 1.0, 2020) selain kejayaan semasa pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam inisiatif pemberian vaksin yang kini telah telah pun melebihi 200,000 pemberian vaksin sehari selama tiga hari berturut-turut (kira-kira 18,000 pemberian dos vaksin dalam satu jam.

“Perdana Menteri dalam pada masa yang sama secara jelas menyatakan kesediaan dan komitmen pihak kerajaan PN untuk memberi laluan kepada ‘pemuliharaan amalan demokrasi’ dengan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu untuk membuka sidang Parlimen.

Bagaimanapun katanya, apa yang wajar dipertimbangkan oleh rakyat adalah kesedaran sejauh mana keihklasan pembangkang untuk menggunakan sidang Parlimen bertepatan dengan iltizam Majlis Raja-Raja Melayu selaras dengan hasrat Perdana Menteri juga yang telah lebih awal mengemukakan agenda untuk menjayakan sidang Parlimen (terdahulu sebelum Raja-Raja bertitah pada sesi pembentangan Pelan Pemulihan Negara).

“Kita secara jelas memahami bahawa Ordinan Darurat Pandemik yang dijalankan serta diluluskan Tuanku adalah selaras dengan hasrat terkini Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengelakkan terjadinya birokrasi dalam hasrat memulihkan negara dari situasi pandemik.

“Dan peranan itu telah mengambil tempat sebaiknya utamanya dalam proses pengurusan dan pemberian vaksin di mana berdasarkan data semasa, menunjukkan Malaysia adalah negara terbaik Asia dalam pemberian vaksin,” katanya.

Tambahnya lagi, kerana itu pembukaan Parlimen ini perlu diberi perhatian untuk dibulatkan tekad serta agenda demi rakyat dan juga pemulihan negara atas kesungguhan membantu semak dan imbang dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

“Bukan untuk kepentingan kuasa sebegitu dalam membantu menyelamatkan nasib individu tertentu yang tampaknya semakin risau dijangka bertamu di sebalik tirai besi,” tegasnya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan Pelan Pemulihan Negara berkata sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok