Parlimen akan dibuka secepat mungkin, pendirian kerajaan selari

June 17, 2021 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membuka sidang Parlimen secepat mungkin dan akan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah untuk memastikan demokrasi terus subur.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah persediaan untuk membuka sidang Parlimen sedang dijalankan, malahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi komitmen yang sama sebelum ini dan menunggu masa yang sesuai bagi memastikan isu Covid-19 dapat ditangani dengan baik.

“Jadi bagi saya titah Yang Di-Pertuan Agong adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen dalam masa yang sesuai supaya proses demokrasi ini akan terus disuburkan,” katanya dipetik.

Terdahulu Azmin melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi petugas barisan hadapan sektor ekonomi (economic frontliner) di Bukit Jawi Golf Resort, Bukit Mertajam.

Jelasnya, kerajaan tidak pernah mengatakan Parlimen tidak akan bersidang cuma aspek perundangan dan perlembagaan negara juga harus menjadi pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tidak pernah mengatakan Parlimen tidak akan bersidang tetapi selaku ketua majlis beliau bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan selain mengikut masa yang bersesuaian untuk mengadakan persidangan.

“Kita lihat beberapa tindakan telah diambil dalam tempoh setahun yang lalu, semuanya adalah berlandaskan kepada lunas perkembangan negara dan undang-undang,” katanya.

Semalam, Agong menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah baginda, Parlimen berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam kesempitan dan memulihkan semula ekonomi negara,” titah baginda.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Anwar! Jangan guna kuasa untuk balas dendam politik, buruk padahnya
February 15, 2023
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok