Najib marah dengan persepsi sudah dibankrapkan

June 14, 2021 · Politik

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ‘naik berang’ hari ini, selepas berita mengenai beliau bakal bankrap menjadi laporan sensasi media.

Menyifatkan beliau belum bankrap, Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa laporan yang mengatakan bahawa beliau sudah bankrap sengaja dicipta bagi memberi persepsi buruk ke atas dirinya.

Mendakwa laporan media ‘tidak tepat’, Najib berkata ada ‘kelompongan’ dalam laporan mereka.

“Saya belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini.Lama lagi dan banyak lagi proses serta langkah perlu diambil sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap nak bankrapkan saya.

“Saya lihat kebanyakan media tempatan hari ini kurang mengulas point utama digunakan hakim mahkamah kenapa dia tak benarkan untuk saya tangguh usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk bankrapkan saya,” luahnya di Facebook.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan notis kebankrapan RM1.69 bilion terhadap beliau, Najib Razak dilanda ‘kemurungan’.

‘Kemurungan’ yang melanda beliau itu turut diterjemahkan menerusi satu hantaran di Facebooknya seolah mengharapkan kerajaan memberi moratorium dan diskaun elektrik.

Mengulas lanjut, Najib dengan sinis berkata, sekiranya beliau diisytiharkan bankrap sekalipun beliau tidak akan bertukar menjadi ‘tidak waras’.

“Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui seseorang tertentu di dalam bicara khas hari itu.

“Hakim mengaku bahawa pengiraan penalti cukai oleh LHDN terhadap saya perlu disemak kesahihannya oleh kebankrapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP atau SCIT).Proses ini belum bermula dan kita masih tunggu sejak 2 tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadap Najib.

Keputusan itu, sekali gus menuntut Najib menyelesaikan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya.

Sebelum itu, Najib gagal untuk mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai berkenaan.

Najib mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari lalu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalus, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
19 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok