Menjelang pertemuan Agong, blok pembangkang mula gaduh isu calon PM

June 8, 2021 · Politik

Blok pembangkang sudah mula menunjukkan tembelang masing-masing menjelang pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang dijadualkan minggu ini apabila penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menyerang satu sama lain.

Penyokong fanatik Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara terbuka menyerang Presiden PKR, Anwar yang dikatakan cuba membawa agenda peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri (PM) semasa menghadap Agong nanti dan mendesak supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan segera.

“Anwar Ibrahim adalah Anwar Ibrahim, seorang yang rakus kuasa untuk jadi PM dan tidak bersabar, beliau hanya syok sendiri,” katanya petik laporan MalaysiaNow hari ini.

Khairuddin juga menyifatkan Anwar sebagai seorang yang pandai dalam tipu helah apabila mendakwa dirinya memiliki sokongan untuk menjadi PM walhal sebenarnya tidak memiliki sokongan daripada Ahli Parlimen.

“Tetapi dalam sidang akhbar beliau yang terakhir mengenai ‘cukup sokongan untuk jadi PM’ akhirnya Anwar Ibrahim kata dia ada ‘sufficient numbers’.

“Maknanya dari ‘convincing,’ ‘formidable’ tetapi akhirnya hanya tinggal ‘sufficient numbers.’

“Semua orang termasuk Agong sudah tidak yakin lagi dengan tipu helah dan perang psikologi Anwar Ibrahim dalam percaturan politik. Ini sajalah kepakaran Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Semalam, Khairuddin yang merupakan pengerusi jawatankuasa protem Pejuang Wilayah Persekutuan yang diasaskan Dr Mahathir berkata Istana Negara memanggil pemimpin daripada semua parti politik.

Beberapa laporan mengatakan ia kononnya bagi membentuk “kerajaan perpaduan” dan “menyelamatkan Malaysia”, namun disahkan hanya sekadar berita palsu.

Spekulasi terbaru mengenai keputusan istana untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik itu muncul sejak lebih sebulan lalu selepas petisyen diserahkan kepada Agong oleh Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat (Tamat Darurat), sebuah kumpulan yang turut dianggotai Khairuddin.

Kumpulan itu sedang berusaha untuk mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menyampaikan pendirian mereka berhubung penguatkuasaan perintah darurat ketika ini.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan misi Anwar untuk diangkat sebagai PM baharu mungkin menemui sinarnya apabila parti itu dijadualkan menghadap Agong Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, cadangan itu antara yang akan dikemukakan partinya, selain desakan supaya diadakan segera PRU.

Menyifatkan pertemuan itu sebagai peluang keemasan bagi PKR dan Anwar untuk diangkat sebagai PM baharu, beliau berharap agar cadangan itu dapat diterima dan akan disuarakan oleh Presiden kesayangan mereka ketika menghadap nanti.

“Saya memang berharap PKR bukan sahaja menyatakan perkara ini di depan Yang di-Pertuan Agong, tapi juga pandangan tentang apa yang terbaik perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara,” katanya kepada Agenda Daily.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok