Total Lockdown: Orang ramai diingat jangan buat pembelian panik

May 29, 2021 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik susulan pelaksanaan ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama sektor sosial dan ekonomi bermula Selasa ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui hantaran dalam Facebook, hari ini, memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan adalah mencukupi.

“Bertenang, jangan panik. Patuhilah SOP. Elakkan pembelian panik, bekalan barang keperluan tetap boleh dibeli dan dijamin mencukupi,” kata KPDNHEP.

Kenyataan itu mengingatkan kesan pembelian panik akan menyebabkan bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan tidak akan mencukupi.

Katanya, harga runcit pengguna juga akan naik secara tidak munasabah selain ada peniaga tidak beretika akan mengenakan pembelian bersyarat.

“Peniaga tidak beretika boleh mengambil kesempatan mengambil untung berlebihan,” kata KPDNHEP.

Sementara itu, tinjauan Agenda Daily di sekitar Ulu Kelang mendapati orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk ‘menyerbu’ beberapa pusat beli-belah bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

Keadaan sama juga dilaporkan berlaku di seluruh negara, malah sejak jam 9 pagi tadi lagi sebelum pasar raya dibuka, orang ramai sudah kelihatan beratur panjang untuk membeli barang keperluan.

Semalam, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi hingga 14 Jun depan untuk Fasa Pertama di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi, kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok