Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN

December 17, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menjadi sasaran kecaman Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam isu Perdana Menteri (PM) bukan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membidas PN yang mengkritik cadangan dibuat Tan Sri Lim Kit Siang dalam isu PM bukan Melayu walaupun isu tersebut pada mulanya dicetuskan oleh pemimpin veteran DAP tersebut.

Puad berkata tiada keperluan Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam isu PM Melayu atas alasan sehingga hari ini tiada bukan Melayu yang pernah menjadi PM sejak 66 tahun merdeka.

Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan seorang PM yang dilantik adalah dikalangan orang Melayu.

“Tidak perlu cara paksa. Kita tidak perlu meniru Fiji,” kata Puad dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan Perlembagaan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri.

Puad mengingatkan bahawa pemimpin dari etnik minoriti India, Mahendra Chaudhry pernah menjadi Perdana Menteri Fiji setelah Parti Buruh yang dipimpinnya memenangi pilihan raya pada 1999.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Sitiveni Rabuka melancarkan rampasan kuasa agar jawatan Perdana Menteri kembali disandang oleh etnik Fiji.

“Apakah politik tidak bijaksana itu mahu dicontohi? Tidak perlulah PN mainkan isu ini untuk raih sokongan orang Melayu.

“Lupakanlah kaedah ‘tebuk atap’ atau ‘langkah’. Itu pun jenis coup d’ etat juga,” jelasnya.

Puad berkata, kematangan, kebijaksanaan dan kepimpinan merupakan kunci yang dapat mengekalkan jawatan PM dalam tangan pemimpin Melayu.

Menurut beliau, selagi pemimpin Melayu adil, inklusif, matang dan bijaksana, kaum lain akan memberi kepercayaan terus kepada orang Melayu menjadi PM.

“Jika kepimpinan Melayu didokong oleh orang tidak matang dan tidak bijaksana maka bukan Melayu tidak perlu tunggu 100 tahun lagi untuk jadi PM,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok