Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF

December 12, 2023 · Politik

Rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini menyaksikan pertambahan barisan Jemaah Menteri kepada 31 orang berbanding 28 orang sebelum ini dengan beberapa kementerian baharu dibentuk.

Secara keseluruhan, jumlah anggota pentadbiran kerajaan campuran kini adalah 60 orang berbanding 55 orang sebelum ini.

Kabinet baharu menyaksikan wakil UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan digantikan dengan wakil DAP, Lim Hui Ying yang merupakan anak kepada Tan Sri Lim Kit Siang.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berpindah ke Kementerian Kerja Raya juga sebagai Timbalan Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet.

Anwar turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Manakala, Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada masing-masing Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi.

Menteri baharu yang dilantik ialah Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo (Menteri Digital) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II) yang dilantik senator.

Sementara itu, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan dilantik Menteri Sumber Manusia.

Timbalan Menteri baharu pula ialah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), M. Kulasegaran (Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Ramanan Ramakrishnan (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Wong Kah Woh (Pendidikan) dan Dr Zulkifli Hasan (Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama) yang juga dilantik senator.

Rombakan itu turut menyaksikan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar selain dua timbalan menteri Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri – Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi) digugurkan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok