Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM

December 11, 2023 · Politik

Tan Sri Lim Kit Siang berdepan siasatan pihak polis susulan kenyataan provokasi baru-baru ini mengatakan bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

Veteran DAP itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan dalam Facebook mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang seseorang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri sehingga menimbulkan pelbagai reaksi tindak balas yang mengecam kenyataan tersebut.

Kit Siang mengesahkan polis memanggilnya untuk diambil keterangan berhubung kenyataan tersebut baru-baru ini.

“Tiada niat sedemikian. Perlembagaan bukannya dokumen provokatif, (ia) asas kepada kesatuan rakyat Malaysia yang mesti dipertahan,” katanya dipetik laporan FMT.

Dalam ucapan kepada pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) bulan lalu, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata beliau berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

Kit Siang merujuk kepada bekas presiden AS, Barack Obama yang dipilih menerajui negara itu, kira-kira 230 tahun mencapai kemerdekaan.

Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti berkongsi impian sama dna bukan impian monoetnik. Bagaimanapun, beliau mengakui kemungkinan tiada bukan Melayu menjadi perdana menteri untuk tempoh 100 tahun akan datang.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Pemuda MCA sokong tindakan Menteri Pelancongan di KLIA, kritik Akmal
July 2, 2023
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar
May 9, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok