Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu

November 26, 2023 · Politik

Kerajaan Kelantan sehingga sekarang hanya menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM40 juta daripada Kerajaan Pusat, berbanding tahun lalu berjumlah RM331.8 juta.

Tindakan kerajaan campuran yang menganaktirikan kerajaan negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) semakin menjad-jadi, bahkan umum mengetahui Ahli Parlimen pembangkang juga dinafikan hak mereka apabila peruntukan tidak disalurkan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jumlah yang diberi setakat ini dianggap begitu ketara berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun katanya kerajaan Kelantan berharap baki wang ihsan berkenaan dapat disalurkan menjelang akhir tahun ini.

“Pada tahun 2020 kita mendapat bantuan wang ihsan sebanyak RM190.85 juta, pada tahun 2021 mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu kita mendapat RM331.8 juta dan tahun ini RM40 juta sahaja.

“Oleh itu, kita mengharapkan baki bayaran wang ihsan berkenaan dapat dibayar akhir bulan ini memandangkan tahun ini masih berbaki sebulan lagi.

“Saya kira, kita masih mempunyai peluang dan ruang, pun begitu sama-samalah kita berdoa,” katanya ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dipetik laporan Harakah Daily.

Ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulai Chondong) berkata, kerajaan negeri meletakkan harapan berhubung baki wang ihsan berkenaan.

Menurutnya pada perbincangan dan mesyuarat sebelum ini kerajaan negeri ada suarakan beberapa perkara dan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat positif.

“Kita sudah mengutarakan berhubung hasrat kunjungan khas terhadap Perdana Menteri dan sudah menghantar surat, namun sehingga kini belum mendapat tarikh berhubung perkara itu.

“Jika tiada perjumpaan sekali pun, kita berharap baki wang ihsan itu dapat disalurkan,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
24 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Kit Siang antara terawal beri cadangan kerajaan perpaduan
November 23, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
24 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok