Kit Siang antara terawal beri cadangan kerajaan perpaduan

November 23, 2022 · Politik

Cadangan untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan pada awalnya datang daripada idea seorang pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu ia menjadi realiti.

Ironinya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga semalam mengutarakan cadangan kerajaan perpaduan yang sama selepas keluar dari Istana Negara semalam dengan cuba mengajak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sependapat dengan cadangan tersebut.

Untuk rekod, Kit Siang pada 20 November memberi cadangan kerajaan gabungan antara PH, PN dan blok Borneo dibentuk dengan Anwar Perdana Menteri bagi menyelesaikan krisis Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataan di blognya, Kit Siang berkata pembentukan gabungan itu dapat memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia untuk melawan rasuah.

Katanya, Malaysia kini berada dalam era baharu politik gabungan dan gabungan yang dicadangkan ini menjadikan kerajaan mempunyai 190 orang Ahli Parlimen, yang melebihi dua-pertiga dari 222 kerusi Parlimen.

“(Dengan ini) boleh meminda Perlembagaan Malaysia untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah kepada seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” kata Kit Siang.

Anwar semalam juga berkata kerajaan perpaduan adalah jalan penyelesaiannya dengan harapan dirinya dapat menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Anwar kini sedang merancang jajaran baharu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan cuba mengheret Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) cuba menyokongnya untuk menjadi PM-10.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok