MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden

November 24, 2023 · Politik

Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu ditolak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Sebaliknya, MPT Bersatu membuat pendirian dalam mesyuarat tergempar petang tadi menolak keputusan Muhyiddin yang mengumumkan pagi tadi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden parti dalam pemilihan pada tahun depan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ketetapan berkenaan dicapai pada mesyuarat khas MPT yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Mesyuarat khas membincangkan pengumuman Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU, pagi tadi, untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun depan.

“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak cadangan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan parti.

“MPT juga sebulat suara berpendirian kepimpinan Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapan dasar Presiden pada PAT Bersatu, hari ini, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat bertujuan memberi ruang kepada pemimpin pelapis yang berpengalaman, untuk mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar
May 9, 2023
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022
Pemuda MCA sokong tindakan Menteri Pelancongan di KLIA, kritik Akmal
July 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok