Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah

November 24, 2023 · Politik

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menghadiri prosiding Mareva yang diperoleh terhadapnya oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa anak syarikat miliknya.

Keputusan menolak permohonan Najib itu dibuat selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk P. Ravinthran yang bersidang bersama-sama Datuk Mariana Yahya dan Datuk Lim Chong Fong menolak permohonan tersebut atas alasan ia (rayuan) bersifat akademik.

Perintah injunksi Mareva adalah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes membabitkan plaintif dan defendan.

“Pendengaran injunksi mareva selesai pada 27 September lalu dan kini berada di peringkat Mahkamah Rayuan. Pihak responden (1MDB dan anak-anak syarikatnya) menghujahkan bahawa apa jua yang diputuskan dalam rayuan ini akan menjadi akademik dan kami bersetuju dengan hujah peguam responden.

“Kami bersetuju dengan hujah ini. Pada pandangan kami, tiada sebarang halangan untuk perayu (Najib) untuk mengemukakan permohonan ke Mahkamah Rayuan (untuk rayuan berhubung perintah Mareva) sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Oleh itu, rayuan ini ditolak tanpa sebarang perintah mengenai kos,”kata Hakim Ravinthran ketika membaca penghakiman ringkasnya pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hadir pada prosiding tersebut ialah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala kesemua responden diwakili peguam Siva Kumar Kanagasabai.

Responden terdiri daripada 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Najib memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November 2022 menolak permohonannya untuk hadir pada prosiding pendengaran injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan anak-anak syarikatnya yang menghalang bekas Presiden UMNO itu melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga AS$681 juta.

Berhubung rayuan berkait perintah Mareva, Najib memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk membatalkan perintah injunksi Mareva oleh 1MDB itu.

Perintah Mareva itu merupakan perintah kedua dikenakan terhadap Najib selepas perintah sama diperoleh SRC International Sdn. Bhd. berjaya mendapatkan injuksi Mareva bagi jumlah RM42 juta.

Perintah Mareva 1MDB antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681,000,000, sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Selain perintah melarang Najib mengalihkan, melupuskan, mengendalikan atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara, perintah Mareva itu juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaunnya untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu berkuat kuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap bekas Perdana Menteri dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Ahli pengurusan kanan 1MDB yang dinamakan dalam saman itu ialah bekas Pengarah Kewangan 1MDB, Terrence Geh Choh Heng; bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee; dan bekas Ketua Pegawai Operasi 1MDB Vincent Beng dan Radhi Mohamad.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Pengarah Pelaburan 1MDB, Kelvin Tan Kay Jim; dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Senarai calon PN di semua 28 kerusi PRN Melaka
November 8, 2021
Zahid tuduh BN diugut, cuba pujuk MIC
April 3, 2021
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Kenaikan OPR tak jejas peluang dalam PRN, kata Rafizi kepada Hassan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok