Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful

November 9, 2023 · Politik

Kerajaan campuran diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mengamalkan politik wang untuk mendapatkan sokongan, dakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu memberi respon berhubung tindakan empat Ahli Parlimen (MP) parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan.

“Ia begitu terancang dan diatur dengan baik. Dan ia berkait secara langsung dengan bayaran daripada kerajaan (kepada ahli parlimen memberikan sokongan mereka kepada kerajaan).

“Pada saya itu adalah bukti jelas yang menunjukkan amalan politik wang berleluasa di negara ini dan dikepalai, dipraktikkan dan teladannya ditunjukkan oleh perdana menteri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful mendakwa jika Anwar menolak amalan politik wang, tentu beliau akan mengumumkan mana-mana MP pembangkang yang mengalihkan sokongan kepada kerajaan tetap tidak diberikan peruntukan.

Sebaliknya, Wan Saiful yang juga MP Tasek Gelugor itu berkata Anwar tidak menafikan perkara tersebut.

Bahkan, kata Wan Saiful, Anwar mengalu-alukan perubahan sokongan berkenaan di dalam parlimen dengan menganggap ia sebagai suatu “kematangan.”

“Jika kematanagan itu berpaksikan pada wang, Anwar itu bukan seorang yang ada integriti untuk cakap mengenai topik ini,” katanya.

Setakat ini, seramai empat MP Bersatu sudah menukar sokongan mereka (Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli).

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
Kenaikan OPR tak jejas peluang dalam PRN, kata Rafizi kepada Hassan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok