Empat anggota polis didakwa terima rasuah daripada seorang wanita

November 8, 2023 · Isu semasa

Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang wanita, Ogos lepas.

Tertuduh ialah Lans Koperal Mohamad Ikhwan Shafiq Mohamad, 27, Koperal Muhammad Syahar Sansudin@Samsudin, 34, Lans Koperal Muhammad Adib Hanizin, 27 dan Koperal Muhammad Ruzaini Firdaus Ismail, 34, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan pertama, keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama meminta suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang wanita sebagai dorongan melepaskan dua anak wanita itu daripada tahanan polis kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka secara bersama turut didakwa menerima wang tunai berjumlah RM800 daripada wanita sama dan untuk tujuan sama di Balai Polis Gemencheh, Tampin kira-kira 12 tengah malam dan 3 pagi, 24 Ogos lepas.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Terdahulu, Azrul memohon mahkamah mengenakan wang jaminan paling rendah kerana tertuduh mempunyai tanggungan keluarga selain mereka dipantau Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan diselia ketua Balai Polis Gemencheh dalam tempoh jaminan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka sekali sebulan dan menetapkan 12 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Satu dos vaksin kepada warga pendidik sebelum 1 September
July 28, 2021
Elak risiko Demam Denggi Berdarah
August 25, 2021
‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam
May 15, 2022
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok